Isnin, 24 November 2008

Pas hilang arah

Dua tiga hari lepas Datuk Sharkar Shamsuddin ada membuat kenyataan bahawa kerajaan Pahang akan menjemput bekas pesara kerajaan untuk menjadi blogger di Pahang. Niat dan tujuan Datuk Sharkar adalah untuk berkongsi ilmu bekas pesara kerajaan dalam usaha menjelas dan menangkis segala tohmahan pembangkang di Pahang.

Bukannya apa sejak kebelakangan ini Pas terutamanya di Pahang semakin ghairah menyerang Umno dan pemimpinnya. Jadi niat dan tujuan Datuk Sharkar itu seharusnya dipandang dari sudut positif kerana bekas pesara kerajaan terutama yang pernah memegang jawatan tinggi dan penting dalam pentadbiran samada di peringkat pusat mahupun negeri sudah tentu mempunyai maklumat yang lebih tepat.

Bagi Kerajaan Negeri Pahang, meskipun kita bercadang untuk berinteraksi dalam alam siber tetapi kita bukanlah jenis seperti Pas yang hanya sedap menulis tanpa mengambil kira fakta dan kebenarannya.

Jadi bagi Kerajaan Negeri Pahang, meskipun berinteraksi di alam siber tetapi fakta dan kenyataan tetap diberi keutamaan. Inilah bezanya antara Umno dan Pas.

2 ulasan:

  1. Kita akan kumpulkan pemuda cyber troop dan adakan satu perjumpaan untuk adakan satu deklarasi akan bersatu menentang musuh kerajaan yang menyelinap kedalam blog-blog yang hanya menyebarkan fitnah terhadap kerajaan dalam masa sama cuba menutuk pembohongan dan kelemahan yang mereka telah buat.

    Brave Heart.

    BalasPadam
  2. Bro, hubungi saya segera untuk perbincangan dan perhalusi ide bro tu.pahangnews@gmail.com

    BalasPadam